'Tis My Song

Puisi ... suami isteri

Posted on 2008-Feb-15 at 01:12

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...

***Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan....cuma mancis saja!!!!! Please lah ......

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-15 at 02:53 by dory
jangan ko coba berani-berani sang lilin, sekali ku tiup, padam!!!

hilarious.

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-15 at 03:23 by beelove
hihihi aduih itula nasib si mancis yang berperasaan matahari, dengan erti kata lain p.e.r.a.s.a.n

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-15 at 06:31 by lollies
dahlah lilin tu bila nyala membakar diri. cair aje.

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-16 at 07:45 by primarybasic
hehe. so funny

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-18 at 09:22 by lana
dory : haha.. tulah, kan? jangan cari pasal..

beelove : banyak gak kes lilin perasan matahari ni, kan?

lollies : cair and tak lasting! oopss..

primarybasic : i thought so too..

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-19 at 09:37 by famygirl
hee hee hee, besar sungguh cita-cita lilin ni

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-19 at 12:13 by mosh
hehehe. wifey posted to me this before but definitely cannot use the matahari bit. her name means matahari :)

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-19 at 02:18 by lana
famy : it's ok to be small tapi bercita-cita tinggi eh?

mosh : oopss..

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-19 at 02:30 by theotheraj
kan lilin ada macam2 saiz dan haruman. kenapa pilih yg tak sesuai?

<i>Untitled Comment</i>

Posted on 2008-Feb-19 at 03:06 by zan
kekeke..very funny..tak sedar diri yer kwang kwang kwang.

Untitled Comment

Posted on 2008-Feb-20 at 07:38 by lana
screwboy : masa nak pilih mana nampak itu lilin lah..

zan : betul tu.. kurang kesedaran sililin tu ..hihi

Post Comment

 

Login Required

To post a comment in this weblog, you must login. Click here to login..

Last Page | Page 5 of 119 | Next Page